Monday, September 5, 2011

Pengumuman Ride ke Pantai Timur (Terengganu-Kelantan) RPT

Tambahan:

1. Tolong gantung bendera Malaysia - > sebagai tanda sambutan hari merdeka dan Malaysia
2. Bg din 500 akan jadi kita punya marshall dan Bg Mie akan jadi sweeper.
3. Kelajuan ride mestilah mengikut kepada marshal. Jangan pecah kumpulan.

Ride route.
1. Bertolak jam 7.15 pagi dari Alor Setar Utara.
2. Bersarapan di gurun (Isi minyak full)
3. Sampai grik (isi minyak full)
4. Berhenti rehat di banjaran titiwangsa
5. Sampai Jeli (isi minyak)
6. Terus ke Besut (Checkin dan rehat dibesut)
7. Ke Kuala Terengganu.
8. Balik ikut pantai ke besut
9. Esoknya ke Kelantan
10. Balik

Hasil dari mesyuarat semalam (siap pindah tempat mesyuarat) semua dah bersetuju dengan perkara di bawah
1. Tarikh ride 16-17 september. Semua berkumpul di Tol Alor Setar Utara jam 7 pagi (7.15 pagi sharp semua akan tayar golek)
2. Ride akan ke Kuala Terengganu dan tidur di sana (Jan sedang usahakan tempat tidur samada di besut atau KT). 17 pg kita akan pusing terus ke Kelantan dan balik. Perjalanan adalah dianggarkan pergi dan balik sejauh 1300km. Jadi anggaran maksimum minyak adalah RM160. Tempat tinggal RM20 dan Makanan RM50. Semuanya adalah anggaran semata-mata dan mungkin akan kurang atau lebih lagi.
3. Peralatan yang disediakan dan senarai tugas
- Tali, Jek, Tube dalam depan/belakang - Hanis
- Tool dan barang keselamatan yang lain - Bg Mie
- Pakaian dan peralatan keselamatan yang sesuai - Semua
- Spare part -tali clutch, mentol, fius..dll..
- Tempat tidur kat terengganu- Farizan (mintak update cepat)
4. Senarai ahli konfem akan pi

- Bg Mie
- Mizi
- Cikgu Din
- Farizan
- Hanis
- Cikgu Brie
- Jefri
- Eddie
- Mie dgn Isteri
- Bg Din
- Zaini
- Naon
- Wan
????

Tolong bagi nama dengan segera (sms saya) lagi kepada yang berminat nak join. Sebabnya nak bajet tempat tinggal.

Pastikan kuda besi tuan-tuan dalam keadaan yang baik untuk keselamatan. Riding gear dan juga kelengkapan sepertinya perlulah disediakan.

Sunday, September 4, 2011

Meeting ride terengganu (16/9) malam ni

Meeting ride terengganu malam ni. Jam 10 malam di Tat Nasi Ayam Shahab Perdana Alor Setar. Jom semua....

Thursday, August 25, 2011

Berbuka puasa daging bakar Danok






Bikers..

Jom kita ramai2 berbuka puasa makan daging bakar kat Danok hari Jumaat nih. Kalau tak hujan. Berkumpul di stesen caltex changlun jam 6.20 petang.

Ops ni gambar TTS malam ritu..








Saturday, August 20, 2011

lagi aksesori baru




Memborong sakan nampaknye aku..hehe saja nak share sapa2 kot nak beli boleh refer..

1. Vest kulit beli kat pertama kompleks rm120
2. Plate number born to be wild rm48 sekali no - NKS sentul
3. "Kuryakyn" handle bar grip rm100 - NKS sentul
4.Vulcan 800 tank emblem rm80 (sepasang) - NKS sentul
5. knee and elbow guard (internal) rm65- NKS sentul

Saturday, August 13, 2011

Ride report - Beseri-Satun-Hatyai-Danok


Sorry ride kali ni gambar terlupa nak ambik banyak..video takdak sebab tak berani nak ambik. Jalan dari wang kelian ke satun macam membajak. Balik pulak dari satun dia bantai hujan pulak..last berenti kat danok pekena daging bakaq..puhh..kene makan lagi..

Ride ke Satun adalah charity ride yg dianjurkan oleh bikers perlis..so kami tumpang je..Berbuka puasa dirumah org kampung di Satun. Sambil menderma.


Ni la jarak dari changlun pusing balik kot danok.

Kat luar tesco

Bg Mie menyerendeng...hehe

Tokey henset





Baru masuk kot wang kelian







Kat beseri


Thursday, August 11, 2011

Jemputan Berbuka Puasa

Satu lagi jemputan berbuka puasa dianjurkan oleh Bikers Gallery, Alor Setar. Dijemput semua member UC untuk hadir atas jemputan pada 18/8/2011 jam 6.30 petang.